Angka kematian kondominium di Florida runtuh meningkat kepada 90 orang - Utusan Malaysia

Angka kematian kondominium di Florida runtuh meningkat kepada 90 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURSIDE: Angka kematian sebuah kondominium runtuh di Miami, Florida dilaporkan meningkat kepada 90 orang.

Lapor Xinhua, Datuk Bandar County Miami-Dade, Danielle Levine Cava berkata, seramai 31 mangsa  masih hilang.

“Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama mangsa dan juga keluarga mereka,” katanya.

Menurut beliau, lebih 14 juta paun serpihan runtuhan telah dikeluarkan dari lokasi kejadian itu.

Champlain Tower South yang terletak di Surfside, sebuah bandar di utara Pantai Miami, runtuh pada 24 Jun lalu ketika puluhan penghuni berada dalam kondominium tersebut.

Setakat ini, tiada mangsa yang selamat ditemukan sejak insiden runtuhan tersebut.

Pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (AS) dalam proses mengenal pasti mangsa termasuk menyemak maklumat lesen pemandu mereka.

Minggu lalu, pihak berkuasa memutuskan untuk beralih daripada misi mencari dan menyelamat mangsa yang berpotensi hidup kepada operasi mencari mayat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya