Anak kambing lahir dengan 8 kaki  - Utusan Malaysia

Anak kambing lahir dengan 8 kaki 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA: Seekor anak kambing yang baru dilahirkan Khamis lalu di Parganas Bangaon mencuri perhatian apabila mempunyai lapan kaki dan dua pinggul. 

Lapor India Today, kambing itu dimiliki oleh Saraswati Mondal yang turut meternak lembu di rumahnya. 

Katanya, pada pagi Khamis lalu, seekor kambing miliknya melahirkan dua ekor anak dengan satu daripadanya dilahirkan dengan lapan kaki, manakala, satu lagi dalam keadaan normal. 

Bagaimanapun, kambing yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa itu meninggal dunia beberapa minit selepas itu.

“Ini adalah kejadian pertama yang saya saksikan sendiri. Selepas lima minit dilahirkan, bayi kambing itu mati. Namun, ibu dan bayi kambing lain masih hidup dan berada dalam keadaan baik,” katanya. 

Kelahiran aneh itu bukan kali pertama berlaku di dunia kerana seekor kambing berkaki lapan pernah dilahirkan pada 2019 di Desa Pasi Keubeudom, Aceh. 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN