80 hilang tanah runtuh di Jepun - Utusan Malaysia

80 hilang tanah runtuh di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pasukan penyelamat berlumba dengan masa ketika 80 lagi mangsa tanah runtuh di bandar Atami, wilayah Shizuoka belum ditemukan.

Jumlah korban ketika ini disahkan tiga orang sejak kejadian itu berlaku dua hari lalu.

Sebanyak 1,500 anggota keselamatan dikerah ke lokasi kejadian hari ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga berkata, pasukan keselamatan berharap mereka dapat temukan lebih banyak mangsa terselamat secepat mungkin.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Atami, Sakae Saito berkata, mangsa ketiga yang maut dalam insiden itu dikenal pasti sebagai wanita berusia 82 tahun.

Tanah runtuh yang berlaku pada pagi Sabtu lalu diakibatkan oleh hujan lebat yang melanda kawasan itu dalam tempoh lebih 24 jam.

Sebanyak 130 bangunan musnah termasuk kediaman penduduk.

Sementara itu, keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk hujan sekali sekala menyukarkan lagi operasi menyelamat dilakukan. – REUTERS

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN