MANHATTAN: Tiga wanita menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 dalam minggu sama di rumah mereka di Atria Senior Living di Manhattan.
Lebih menggembirakan apabila kesemua wanita tersebut sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya.
Ruth Schwartz, Edith Moscou dan Lorraine Pirrello berkumpul bersama ahli keluarga mereka dan kenalan terdekat 8 Jun lalu.
Ruth Schwartz yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 15 Jun lalu memberitahu dirinya berasa sangat bertuah kerana sudah menerima suntikan vaksin.
Bagi Ruth, ini adalah saat yang paling menyentuh perasaan kerana dia baru berpeluang bertemu cicitnya berusia dua tahun buat pertama kali termasuk anak lelakinya dari California yang ditemui kali terakhir dua tahun lalu. -AGENSI