NEW DELHI: India merekodkan bilangan kanak-kanak yang belum menerima suntikan vaksin tertinggi di dunia iaitu sebanyak 3.5 juta individu.
Lapor India Today, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mencatatkan peningkatan sebanyak 1.4 juta dari 2019 ketika pandemik Covid-19 melanda.
Sebanyak tiga juta ‘kanak-kanak tanpa suntikan’ tinggal di India tahun lalu.
Dengan angka menghampiri 4.4 juta, Asia Selatan merekodkan bilangan kanak-kanak tertinggi gagal menerima sebarang vaksin dalam tempoh 10 tahun lalu.
Menurut UNICEF, data secara global menunjukkan sebanyak 10 negara bersamaan 62 peratus mempunyai kanak-kanak yang belum divaksin.
“India yang dilanda teruk wabak Covid-19 memiliki angka tertinggi bilangan kanak-kanak yang belum menerima perlindungan sebanyak 3.5 juta otang iaitu peningkatan sebanyak 1.4 juta berbanding 2019,” katanya.
Kanak-kanak yang belum menerima perlindungan bermaksud individiu yang belum menerima vaksin atau menerima jumlah dos tidak mencukupi.
Pakistan pula merekodkan jumlah sebanyak 1.4 juta kanak-kanak tidak menerima vaksin sejak 2020 iaitu peningkatan sebanyak 0.4 juta.










