2 maut kuarantin kendiri di rumah - Utusan Malaysia

2 maut kuarantin kendiri di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASIK MALAYA: Dua individu yang menjalani kuarantin kendiri akibat Covid-19 di Kampung Cipapagan, Sirnagalih ditemukan maut, semalam.

Lapor Tribunnews,adik beradik yang dikenali sebagai A,51 dan Y,45, meninggal dunia selang sejam antara kedua-dua mereka.

Y merupakan adik lelaki kepada A meninggal dunia sekitar pukul 2 petang disusuli kakaknya pada pukul 3 petang.

Kedua-dua jenazah diuruskan mengikut protokol pengurusan pesakit Covid-19 pada malam hari kejadian.

Menurut Ketua Setempat, Edi Junaedi, keluarga tersebut melakukan ujian calitan PCR Covid-19 minggu lalu hasil pengesanan kontak rapat.

“Mangsa bersama lima anggota keluarga lain disahkan positif dan menjalani proses kuarantin kendiri di rumah,” katanya.

Namun, keadaan kesihatan kedua-duanya terus merosot disebabkan kurang mendapat rawatan.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN