18 pekerja maut selepas trak rempuh bas di India - Utusan Malaysia

18 pekerja maut selepas trak rempuh bas di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUCKNOW: Seramai 18 pekerja asing yang sedang tidur di tepi lebuh raya di utara India selepas bas dinaiki mereka rosak, dilaporkan maut ketika sebuah trak merempuh kenderaan tersebut.

Seorang pegawai kanan polis berkata, sekurang-kurangnya 19 lagi mengalami cedera dalam kemalangan yang berlaku di negeri Uttar Pradesh.

Jelas polis, kebanyakan penumpang dalam perjalanan pulang ke negeri timur, Bihar selepas bekerja di Punjab atau Haryana.

Dilaporkan, penumpang berkenaan turun daripada bas tersebut selepas gandarnya rosak dan sedang tidur di sebelah bas terbabit apabila sebuah trak merempuh kenderaan itu dari belakang.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan beberapa mayat dari bawah bas dua tingkat yang musnah.

“Pihak pentadbiran daerah dan polis telah melancarkan siasatan dan kami akan memastikan mangsa cedera menerima rawatan terbaik yang sedia ada,” kata pegawai polis, Satya Narayan Sabat.

Berdasarkan data dari kerajaan, kira-kira 150,000 orang maut setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di India. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya