135 imam ditugaskan bantu jemaah haji tahun ini - Utusan Malaysia

135 imam ditugaskan bantu jemaah haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menugaskan 135 imam untuk memberikan bimbingan serta garis panduan kepada para jemaah haji tahun ini.

Lapor Arab News, barisan imam tersebut bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai ibadah haji.

Langkah itu dilakukan susulan arahan kepemimpinan negara ini untuk meyediakan layanan serta perkhidmatan terbaik kepada para jemaah supaya mereka boleh melakukan ibadah haji dengan tenang dan lancar.

Perkhidmatan telefon juga disediakan untuk membolehkan jemaah haji bertanya mengenai sebarang kemusykilan dan kemudahan itu terdapat dalam 10 bahasa iaitu Arab, Inggeris, Perancis, Turki, Urdu, hausa, Indonesia, Bengali dan Amharic.

Terdahulu, kementerian tersebut memaklumkan jemaah haji akan tiba di empat lokasi yang ditetapkan 17 dan 18 Julai ini sebelum dibawa ke Masjidilharam untuk tawaf ketibaan dan seterusnya menuju ke tanah suci.

Kementerian juga meminta semua jemaah yang memenuhi syarat permit untuk mengunjungi pusat vaksin berhampiran bagi mengambil dos kedua.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN