Wanita disangka mati, balik rumah - Utusan Malaysia

Wanita disangka mati, balik rumah

MUTYALA GIRIJAMMA yang disangka meninggal dunia akibat Covid-19, pulang ke rumah selepas dua minggu upacara pengebumiannya. - JAM PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya.

Lapor Mirror, Mutyala Girijamma, 75, dimasukkan ke hospital kerajaan di Vijayawada, Andra Pradesh selepas disahkan positif jangkitan Covid-19.

Suaminya, Gaddayya kerap mengunjungi isterinya di hospital bagi memastikan kesihatan Mutyala beransur pulih.

Namun, pada 15 Mei lalu, Gaddayya dimaklumkan bahawa Mutyala sudah meninggal dunia akibat Covid-19 dan mayat isterinya telah diletakkan dalam beg khas bagi mengelakkan penularan virus.

Gaddayya dinasihatkan untuk tidak menyentuh atau membuka beg tersebut, yang menyebabkan dia tidak dapat mengesahkan identiti mayat sebelum dibungkus.

Mayat Mutyala kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya untuk proses pengebumian.

Gaddyya mengebumikan mayat isterinya di kampungnya pada hari yang sama.

Selepas dua minggu, keluarga Gaddayya digemparkan dengan kepulangan Mutyala yang disangka telah meninggal dunia.

Dilaporkan, Mutyala pulang ke rumahnya dan berada dalam keadaan sihat.

Warga emas itu sedih kerana suaminya tidak melawatnya dan dia terpaksa meminjam wang bagi membayar tambang teksi untuk pulang ke rumahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.