Vietnam sambung semula penerbangan antarabangsa ke bandar besar - Utusan Malaysia

Vietnam sambung semula penerbangan antarabangsa ke bandar besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Vietnam akan menyambung semula perjalanan antarabangsa ke ibu negara Hanoi dan hab perniagaan, bandar Ho Chi Minh berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat oleh pihak berkuasa penerbangan selepas beberapa hari penangguhan dilakukan akibat pandemik Covid-19.

Negara itu sebelum ini, melarang penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Noi Bai di Hanoi selama seminggu bermula Isnin dan Lapangan Terbang Tan Son Nhat di Ho Chi Minh sehingga 14 Jun depan.

Pihak berkuasa itu bagaimanapun tidak menjelaskan sebarang sebab mengenai sambungan penerbangan semula lebih awal daripada dijadualkan.

Kebanyakan kes penularan wabak Covid-19 adalah melibatkan jangkitan tempatan dan bukan disebarkan oleh penumpang penerbangan antarabangsa. -REUTERS

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya