Tribunal Uighur siasat penindasan China - Utusan Malaysia

Tribunal Uighur siasat penindasan China

KEKEJAMAN pihak berkuasa China terhadap etnik Uighur mendapat perhatian masyarakat dunia. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Panel peguam dan pakar hak asasi manusia United Kingdom (UK) yang menyiasat penindasan etnik Uighur di China akan memulakan sesi pendengaran daripada sejumlah saksi hari ini.

Tribunal Uighur yang mempunyai sembilan juri itu akan mendengar testimoni mengenai penindasan terhadap penduduk Uighur termasuk isu golongan wanita dipaksa mengikat salur peranakan bagi mengawal populasi etnik tersebut, ditahan secara besar-besaran dan menjadi buruh paksa.

Timbalan pengerusi tibunal tersebut, Nick Vetch berkata, menjelang September, ‘ribuan muka surat mengandungan bukti’ penindasan etnik Uighur akan terkumpul.

“Tribunal ini merupakan satu badan bebas dan hanya melibatkan bukti yang sahih.

“Kami juga sudah menjemput China untuk memberi sebarang bukti jika benar dakwaan menindas Uighur tidak benar dan sehingga kini, kami belum menerima sebarang dokumen daripada mereka,” katanya.

Tribunal itu dijangka menerbitkan laporan penuh pada Disember ini untuk tindakan lanjut komuniti antarabangsa.

Sementara itu, kerajaan China menyifatkan tribunal tersebut sebagai ‘mesin penipuan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya