Tempah dron dapat air mineral - Utusan Malaysia

Tempah dron dapat air mineral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Nasib malang menimpa seorang pembeli apabila dia hanya menerima sebotol air mineral semasa membuat tempahan dron secara dalam talian.

Lapor Tribunnews, seorang pengguna Instagram @ferrawati3290 memuat naik video tersebut selepas membuat tempahan menerusi kedai dalam talian (olshop).

Menerusi video itu, Fera, 31, terkejut ketika membuka kotak tempahan dron berharga 55,000 rupiah (RM15).

“Saya ada menghantar pesanan kepada penjual sebelum barang itu sampai.

“Saya sudah membayar sebanyak 62,000 rupiah (RM18) termasuk kos penghantaran 6,900 rupiah (RM2). Kejadian ini sangat merugikan saya kerana harga air mineral di kedai hanya 1,500 rupiah (RM0.40),” katanya.

Fara ada menghubungi penjual itu, namun, panggilan dan mesejnya langsung tidak berjawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN