Sindiket vaksin guna air suling di Mumbai - Utusan Malaysia

Sindiket vaksin guna air suling di Mumbai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Polis Mumbai membentuk pasukan penyiasat khas bagi meneliti dakwaan penduduk menerima vaksin palsu menggunakan air suling.

Sumber memberitahu India Today, pihak polis berjaya mengesan kumpulan yang didakwa memberikan 38 suntikan vaksin di sebuah hospital swasta di Mumbai.

Syarikat farmaseutikal itu didapati menyalah gunakan botol kosong untuk melakukan suntikan palsu di beberapa tempat termasuk di rumah kebajian Hiranandani Heritage.

Pihak polis turut mengesyaki seorang doktor, Manish Tripathi yang membantu mendapatkan bekalan botol kosong itu.

Pekerja yang melakukan modus operandi itu bagaimanapun diberikan suntikan sebenar dos vaksin Covishield.

Walaupun kejadian itu tidak membahayakan nyawa penerima, namun, pihak polis berkata, tindakan itu adalah satu jenayah kerana menipu orang ramai yang menyangka mereka sudah menerima vaksin untuk melindungi diri daripada virus.

Dalam masa sama, seramai 390 penduduk di Hiranandani Heritage Club di Kandivali menerima suntikan vaksin pada 30 Mei lalu.

Suntikan itu melibatkan pembayaran sebanyak 456,000 rupee (RM25,487) bersamaan 1,260 rupee (RM70) bagi satu dos.

Daripada jumlah itu, hanya 120 penduduk menerima sijil vaksin dengan tiga nama hospital berbeza.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN