NEW DELHI: Pelakon terkenal, Shah Rukh Khan membalas ucapan anaknya sempena hari bapa dengan menyiarkan semula gambar Suhana Khan ketika kecil dalam Instagram.
Menerusi gambar berlatarbelakangkan warna hitam dan putih itu, Shah Rukh Khan dilihat mencium anaknya dengan penuh kasih sayang, lapor India Today.
Situasi itu menggambarkan keakraban mereka anak beranak walaupun Suhana sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Dia kini menuntut di Tisch School of the Arts di Universiti New York, Amerika Syarikat.
Walaupun berada jauh di perantauan, Suhana tidak pernah lupa menghantar gambar penghargaan buat bapanya sempena hari istimewa yang disambut di seluruh dunia itu, semalam.









