Sejuta rakyat Palestin ditahan Israel sejak 1967 - Utusan Malaysia

Sejuta rakyat Palestin ditahan Israel sejak 1967

PASUKAN keselamatan Israel menahan penduduk Palestin di Baitulmuqaddis pada April lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Dianggarkan sejuta rakyat Palestin ditahan tentera Zionis Israel sejak perang Asia Barat meletus pada 1967.

Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan memaklumkan, kira-kira 17,000 wanita dan 50,000 kanak-kanak antara yang ditahan rejim Zionis sepanjang tempoh tersebut.

“Lebih 54,000 penahanan pentadbiran direkodkan sejak 1967 dan mereka yang ditahan di bawah dasar tersebut tidak sewenang-wenangnya boleh dibebaskan segera.

“Hal ini kerana, dasar penahanan pentadbiran memberi hak kepada pihak berkuasa Israel untuk melanjutkan tempoh tahanan seseorang banduan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan,” kata suruhanjaya tersebut.

Jelas pertubuhan bukan kerajaan itu, seramai 226 penduduk Palestin yang ditahan meninggal dunia di dalam penjara Israel sejak 1967.

Katanya, semua penduduk Palestin yang ditahan berdepan dengan pelbagai seksaan termasuk secara psikologi dan fizikal.

Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh suruhanjaya tersebut, dianggarkan 4,500 penduduk Palestin dipercayai ketika ini masih ditahan di penjara Israel.

Jumlah itu termasuk 41 wanita, 140 tahanan bawah umur dan 440 tahanan pentadbiran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya