Rusia lapor kematian harian Covid-19 tertinggi - Utusan Malaysia

Rusia lapor kematian harian Covid-19 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia merekodkan sebanyak 652 kes kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Ia merupakan jumlah kematian harian tertinggi yang dicatatkan di negara itu sejak penularan pandemik.

Bandar raya kedua terbesar Russia, St Petersburg yang bakal menjadi tuan rumah perlawanan peringkat suku akhir Euro 2020, juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 119 kes.

Rusia ketika ini berdepan dengan lonjakan kes Covid-19 disebabkan oleh varian Delta yang lebih mudah berjangkit.

Beberapa pakar berpandangan Rusia tidak melaporkan jumlah sebenar kes kematian Covid-19 di negara itu.

Menurut mereka, negara itu hanya mengira kes apabila wabak Covid-19 dikenal pasti sebagai punca utama kematian selepas proses bedah siasat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN