Rumah penduduk Palestin dirobohkan untuk bina taman tema Israel - Utusan Malaysia

Rumah penduduk Palestin dirobohkan untuk bina taman tema Israel

PENDUDUK Palestin menangis melihat rumah yang musnah ketika pertempuran di Beit Hanun di Semenanjung Gaza. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Hampir 120 keluarga Palestin bakal kehilangan tempat tinggal mereka selepas kerajaan Israel bercadang membina taman tema berunsurkan keagamaan di Silwan di Baitulmuqaddis timur.

Kira-kira 1,500 penduduk Palestin tinggal di lebih 100 bangunan di kawasan tersebut.

Pasukan pemeriksa Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis diiringi pasukan keselamatan Israel sebelum ini menghantar notis merobohkan rumah dan struktur dalam tempoh 21 hari kepada penduduk Palestin.

Mahkamah Israel memutuskan kesemua bangunan dan rumah di Silwan dibina tanpa permit yang sah dan perlu dirobohkan.

Namun, aktivis sosial dari organisasi Solidariti Jahalin, Angela Godfrey-Goldstein berkata, notis tersebut kebanyakannya tidak sampai kepada penduduk Palestin.

“Mereka tidak menyerahkan notis itu terus kepada penduduk biarpun termaktub di dalamnya bahawa proses merobohkan rumah dan struktur akan dilakukan dalam tempoh 21 hari.

“Notis tersebut boleh ditemukan di atas tanah dan ditiup angin, bukannya betul-betul depan pintu rumah penduduk Palestin,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk Palestin hanya mengetahui rumah mereka akan dirobohkan apabila terdengar bunyi jentera berat memecahkan batu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.