Ribuan polis Hong Kong sedia tangkap peserta protes Tiananmen - Utusan Malaysia

Ribuan polis Hong Kong sedia tangkap peserta protes Tiananmen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Ribuan polis Hong Kong dijangka mengawal laluan di sekitar bandar ini termasuk di sekitar Dataran Tiananmen Beijing bagi menghalang orang ramai berhimpun sempena memperingati tindakan ganas tentera China pada 1989.

Pihak polis melarang sebarang bentuk perhimpunan bagi tahun kedua berturut-turut disebabkan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada acara memperingati Tiananmen itu melanggar undang-undang keselamatan nasional seperti diperkenalkan oleh China, tahun lalu.

Pihak polis menerusi kenyataan menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun dan pihaknya akan mengerahkan anggota polis di lokasi tersebut serta bersedia membuat sebarang tangkapan.

Pengkritik menyifatkan tindakan kawalan yang semakin ketat daripada pihak berkuasa itu sebagai isyarat jelas negara itu tidak mengiktiraf kebebasan bersuara dalam kalangan rakyatnya.

Tinjauan media pagi ini mendapati tiada tanda-tanda kehadiran pihak polis di sekitar Victoria Park.

Agensi berita RTHK pula melaporkan seramai 7,000 pegawai polis akan melakukan operasi menangkap peserta himpunan sepanjang hari ini.

Tahun lalu, ribuan penduduk Hong Kong menentang larangan itu dengan berkumpul di Victoria Park di pusat bandar dan berbaris di kaki lima serta menyalakan lilin.

Bantahan Dataran Tiananmen tercetus pada 1989 merupakan himpunan besar-besaran yang menyaksikan golongan pelajar dan pekerja memenuhi dataran tersebut dalam protes pro-demokrasi yang berakhir dengan tembakan oleh pihak berkuasa komunis.

Tragedi tiga dekad lalu turut menyaksikan ramai orang awam dibunuh serta mengalami kecederaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya