HONG KONG: Sebuah petak letak kenderaan di sebuah kompleks kediaman mewah di Hong Kong dijual pada harga HK$10 juta (RM5.4 juta).
Tempat letak kenderaan seluas 12.5 meter persegi itu merupakan sebahagian daripada pembangunan projek hartanah The Peak yang menyasarkan golongan kaya di wilayah separa autonomi ini.
Projek pembinaan itu merupakan satu daripada kompleks penempatan mewah yang semakin banyak di Hong Kong biarpun kos hidup di bandar ini terus meningkat.
Jutaan penduduk Hong Kong hidup sekadar ‘cukup makan’ dan tidak mampu menanggung kos sewa rumah yang melampau.










