fbpx

Penduduk Israel ceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seramai 56 penduduk Israel menceroboh masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa hari ini dengan dilindungi tentera Israel selepas perarakan bendera tamat.

Penduduk Israel memasuki kawasan suci umat Islam itu melalui Pintu Al-Mughrabi dan melakukan provokasi terhadap penduduk Palestin di pekarangan masjid itu dengan menunaikan Talmud iaitu kepercayaan mereka sebelum berlalu pergi melalui Pintu Al-Silsila.

Tentera Israel turut menyerang penduduk Palestin yang berada di kawasan itu dengan peluru getah, gas pemedih mata dan bom tangan semata-mata ingin memberikan laluan kepada penduduk mereka.

Tentera Zionis turut mengawal pintu laluan keluar dan masuk ke masjid.

Pihak berkuasa Israel membenarkan penduduk di penempatan haram ke kawasan masjid sejak 2003, walaupun wujud bantahan dan amaran berulang kali oleh pihak berkuasa agama Palestin kerana mereka kerap melakukan provokasi terhadap jemaah masjid.

Masjid Al-Aqsa adalah masjid ketiga paling suci bagi umat Islam kerana merupakan lokasi peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. -AGENSI