PBB gesa kenakan embargo senjata terhadap Myanmar - Utusan Malaysia

PBB gesa kenakan embargo senjata terhadap Myanmar

PENUNJUK perasaan di Yangon melakukan demonstrasi membantah rampasan kuasa berlaku di Myanmar. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) menggesa semua negara anggota menghentikan jualan senjata ke Myanmar sebagai tindak balas terhadap kekerasan dilakukan oleh junta tentera di negara dilanda konflik itu.

Lapor BBC, Perhimpunan Agung PBB menerima resolusi yang mengutuk tindakan rampasan kuasa dilakukan oleh junta tentera yang menggulingkan kerajaan dipilih pada Februari lalu.

Resolusi itu dipersetujui oleh 119 negara dengan hanya Belarus mengundi menolak resolusi terbabit.

Sebanyak 36 negara mengambil sikap berkecuali termasuk Rusia dan China, yang merupakan dua pembekal senjata terbesar kepada tentera Myanmar.

Sejumlah negara mengambil sikap berkecuali berpandangan bahawa krisis itu melibatkan masalah dalaman Myanmar sementara yang lain pula menyatakan resolusi itu tidak menangani tindakan kekerasan junta tentera terhadap penduduk Rohingya empat tahun lalu.

Meskipun resolusi di perhimpunan agung tidak terikat namun ia memiliki pengaruh politik yang kuat.

Dalam pada itu, PBB juga mendesak pembebasan beberapa penahanan ahli politik termasuk pemimpin awam, Aung San Suu Kyi.

Pertubuhan antarabangsa itu juga menggesa junta tentera segera menamatkan keganasan terhadap penunjuk perasaan yang melakukan protes secara aman.

“Risiko perang saudara besar-besaran boleh berlaku. Masa adalah amat penting dan peluang untuk mengembalikan semula demokrasi dilihat amat tipis,” kata wakil khas PBB di Myanmar, Christine Schraner Burgener.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya