ANKARA: Seorang nenek di Turki mengamalkan makan keju dan mentega sebagai rahsia panjang umur, selepas dia dilaporkan meraikan sambutan hari jadi ke-119 kelmarin.
Jika benar usianya itu, Seker Asrlan akan menjadi individu tertua di dunia.
Seker memberitahu, dia mengamalkan diet berlemak termasuk menikmati telur rebus setiap hari.
Ketika meraikan sambutan hari jadinya, timbul kekeliruan mengenai usianya sehinggakan nombor yang diletakkan atas keknya bertulis 120 tahun
Sedangkan dalam kad pengenalannya, tertera wanita itu dilahirkan pada 27 Jun 1902, sekali gus menjadikan usianya kini adalah 119.
Individu tertua dunia yang diiktiraf ketika ini adalah Kane Tanaka yang berusia 118 tahun dan wanita itu dilahirkan pada 2 Januari 1903.
Sementara itu, anak-anak Seker menberitahu ibu mereka suka makanan dari sumber semula jadi dan sering berfikiran positif. – AGENSI