fbpx

26 Januari 2022, 6:38 am

  TERKINI

Negara G7 memeterai Deklarasi Teluk Carbis

RATU ELIZABETH II menghadiri sesi fotografi semasa persidangan negara G7 di England. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemimpin negara G7 menyatakan komitmen untuk menggunakan segala sumber kekuatan dimiliki dalam memastikan pandemik Covid-19 tidak berulang.

Oleh itu, sidang kemuncak memasuki hari kedua di Cornwall memeterai Deklarasi Teluk Carbis yang menetapkan langkah-langkah bagi mencapai tujuan itu.

Persidangan turut menetapkan rancangan mencegah wabak Covid-19 daripada berulang dan mendatangkan kesan buruk kepada manusia serta ekonomi.

Deklarasi G7 menetapkan beberapa langkah konkrit iaitu mengurangkan masa diperlukan untuk membangunkan dan melesenkan vaksin, rawatan serta diagnostik sebarang penyakit pada masa hadapan dalam tempoh kurang dari 100 hari.

Selain itu, deklarasi itu mahu memperkukuhkan rangkaian pengawasan global serta menyokong pembaharuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Persidangan negara G7 berlangsung selama tiga hari di Resort Cornish, Teluk Carbis, di barat daya England.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI