Lima maut belon udara panas langgar kabel elektrik - Utusan Malaysia

Lima maut belon udara panas langgar kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALBUQUERQUE: Lima orang dilaporkan maut dalam insiden belon udara panas terlanggar kabel elektrik lalu terhempas di Albuquerque, New Mexico.

Jurucakap polis, Gilbert Gallegos berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 7 pagi (waktu tempatan) di bahagian barat di bandar tersebut.

Polis mengenal pasti dua penumpang terlibat dalam nahas itu iaitu Martin Martinez, 59, dan Mary Martinez, 62 yang merupakan ibu bapa kepada seorang pegawai bertugas di bahagian pengangkutan penjara dengan Jabatan Polis Albuquerque.

“Malangnya empat individu meninggal dunia akibat cedera dalam kemalangan belon udara panas,” kata polis Albuquerque menerusi Twitter sambil menambah seorang lagi yang cedera parah dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa kemudian memaklumkan mangsa lelaki turut meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kesemua mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi itu,” kata polis.

Polis masih belum mendedahkan nama mangsa yang lain namun memaklumkan tiga individu yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berasal dari tengah New Mexico. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya