Lelaki menangis sekuat hati kerana takut jarum - Utusan Malaysia

Lelaki menangis sekuat hati kerana takut jarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN BARU: Akibat terlalu fobia melihat jarum, seorang lelaki menangis sekuat hati ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Balai Polis Indragiri Hulu.

Lapor Kompas.com, tangisan itu berjaya dirakamkan dalam sebuah video berdurasi 10 saat.

Ketika kejadian, seorang anggota polis yang berada di sebelahnya cuba mententeramkan dirinya.

Ketua Polis Inhu, Efrizal mengesahkan mengenai kejadian lucu itu dan penerima vaksin tersebut berasal dari Rengat.

“Ketika hendak menerima suntikan, dia menangis dengan kuat. Selepas suntikan vaksin selesai akhirnya dia berasa gembira,” katanya.

Program vaksinasi secara besar-besaran diadakan di pejabat polis itu sempena ulang tahun ke-75 Bhayangkara.

Program bermula seawal pukul 8 pagi dan dilaksanakan dengan mematuhi protokol kesihatan Covid-19.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN