Lelaki jumpa kapal Titanic dihalang cari MH370 - Utusan Malaysia

Lelaki jumpa kapal Titanic dihalang cari MH370

BOB BALLARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang peneroka laut terkenal yang pernah menemukan kapal Titanic mendedahkan dirinya dihalang daripada menyertai misi pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.

Bob Ballard yang pernah menemukan kapal di dasar Laut Atlantik pada 1985 berkata, dia menawarkan diri untuk membantu mencari pesawat yang hilang sejak tujuh tahun lalu.

Kataya, usahanya itu dihalang oleh pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan itu.

“Saya adalah orang pertama yang menghubungi Australia yang mengetuai pencarian di sana.

“Sekalipun mereka tidak mahu menggunakan aset yang saya ada, tetapi saya tahu bagaimana hendak mencari pesawat yang hilang.

“Saya masih berharap dapat menemukan pesawat itu. Malah, saya berasa sangat gembira untuk menyumbangkan kepakaran, tetapi mereka tetap tidak mengizinkan,” katanya kepada National Geographic yang dipetik Daily Star.

Pesawat MH370 melakukan perjalanan ke Beijing, China sebelum terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

Menurut Ballard, penggunaan teknologi baharu dapat meningkatkan peluang pencarian kapal terbang yang membawa 227 penumpang dan 12 kru kabin.

Jelasnya, kemunculan kenderaan autonomi dapat digunakan untuk menjelajah dasar laut yang luas.

Dia kini merancang melancarkan pencarian kedua pesawat perintis Amerika Syarikat, Amelia Earhart yang hilang di Lautan Pasifik sejak 1937.

Walaupun percubaan pertama Ballard pada 2019 gagal, namun, ia tetap memberikan peluang kepada dirinya mencuba teknologi terkini semasa pencarian.

Dokumentari mengenai dirinya bertajuk Bob Ballard: An Explorer’s Life akan ditayangkan di saluran National Geographic (Astro CH551/Unifi TV CH508), 6 Julai depan, pukul 9 malam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya