Lebih 300 petugas kesihatan di Kudus terdedah Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih 300 petugas kesihatan di Kudus terdedah Covid-19

BUDI GUNADI SADIKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin memaklumkan lebih 300 petugas kesihatan yang bertugas di Kudus, Jawa Tengah, Indonesia terdedah kepada Covid-19.

Lapor Kompas, antara ratusan petugas kesihatan yang terdedah kepada wabak itu merupakan seorang doktor pakar berusia 70 tahun.

Bagaimanapun Budi menegaskan semua petugas kesihatan itu kini berada dalam keadaan baik kerana telah menerima vaksin Covid-19.

“Di Kudus, terdapat lebih 300 petugas kesihatan terdedah kepada Covid-19.

“Namun, kesihatan mereka kini dalam keadaan baik disebabkan semua sudah menerima suntikan vaksin Covid-19,” kata Budi.

Terdahulu, Budi menghadiri mesyuarat bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan beberapa pemimpin lain di Istana Presiden, hari ini.

Jelas Budi, Kementerian Kesihatan sudah menghantar doktor dan jururawat ke Kudus bagi menangani masalah tersebut.

Selain itu, katanya, kerajaan juga berusaha mengurangkan beban hospital di Kudus dengan merujuk pesakit yang mempunyai gejala serius dan sederhana ke hospital lain di bandar berdekatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN