UTTAR PRADESH: Seorang pengantin perempuan meninggal dunia semasa melangsungkan perkahwinan di sini dan bagi meneruskan majlis, suaminya berkahwin pula dengan adiknya sebagai ganti.
Mayat pengantin perempuan yang dikenali sebagai Surabhi itu diletakkan di dalam sebuah bilik ketika majlis perkahwinan diteruskan.
Kejadian itu berlaku selepas Surabhi mengalami serangan jantung dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika upacara perkahwinan berlangsung.
Bapa saudaranya, Ajab Singh memberitahu agensi berita IANS, mengahwinkan suami Surabhi dengan adiknya merupakan satu keputusan yang amat sukar.
“Seorang anak perempuan kami sudah meninggal dunia, manakala seorang lagi melangsungkan perkahwinan. Situasi ini amat sukar,” katanya.
Abang Surabhi, Saurabh pula menyatakan keluarganya pada mulanya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas adiknya rebah.
“Selepas Surabhi disahkah meninggal dunia, kami buntu sehinggalah kedua-dua keluarga bersetuju untuk menggantikan tempatnya dengan adik kami, Nisha,” ujarnya. – AGENSI