Jepun rancang longgarkan sekatan Covid-19 sebulan sebelum Olimpik - Utusan Malaysia

Jepun rancang longgarkan sekatan Covid-19 sebulan sebelum Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun merancang untuk melonggarkan sekatan Covid-19 pada 20 Jun ini, iaitu sebulan sebelum temasya sukan Olimpik bermula.

Tokyo dan beberapa tempat di negara ini dikenakan sekatan Covid-19 sejak 25 April lalu.

Tempoh sekatan itu dijangka berakhir pada 20 Jun ini dan barisan menteri memaklumkan kerajaan berkemungkinan turut melonggarkan sekatan di Tokyo dan sembilan wilayah lain.

Pelonggaran sekatan itu menyaksikan restoran dan bar perlu menutup operasi pada pukul 8 malam.

Namun, sekatan Covid-19 tidak akan dilonggarkan di Okinawa yang memohon supaya peraturan itu dilanjutkan bagi tempoh beberapa minggu akan datang.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga dijangka membuat pengumuman berhubung isu berkenaan dalam sidang akhbar petang ini. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya