Jepun buka makmal kaji UFO - Utusan Malaysia

Jepun buka makmal kaji UFO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kementerian Pertahanan Jepun membuka makmal penyelidikan bagi mengkaji fenomena pelik serta kemunculan UFO berdekatan loji nuklear Fukushima, 24 Jun lalu.

Portal berita Jepun, The Mainichi melaporkan makmal itu dibuka sebelum Pentagon mengeluarkan laporan setebal sembilan muka surat mengenai kejadian penampakan objek terbang tersebut.

Makmal yang terletak di pekarangan UFO Interactive Hall akan berusaha merungkai teka teki mengenai penemuan objek itu.

Makmal itu akan menjadi ‘perkampungan UFO’ bagi melihat jumlah penampakan objek tersebut sekitar daerah ini.

Ketua Pengarang majalah MU, Takeharu Mikami, 51, yang dilantik sebagai pengarah projek berharap pembinaan makmal kajian itu akan menjadi tempat penerimaan maklumat dan membawa kepada penemuan baharu.

“Sehingga sekarang sekiranya UFO ditemukan, maklumat itu haya dikongsikan dalam kalangan individu yang melihatnya.

“Saya berharap insitut penyelidikan ini akan menjadi pusat penerimaan lebih banyak maklumat berkaitan UFO supaya kita dapat mengkajinya dengan lebih mendalam,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN