Jakarta kekurangan ribuan petugas kesihatan - Utusan Malaysia

Jakarta kekurangan ribuan petugas kesihatan

DOKTOR merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19 di hospital Koja, Jakarta utara, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bandar raya Jakarta dilaporkan mengalami kekurangan ribuan petugas kesihatan untuk membantu usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Lapor Kompas, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria.

Menurut Ahmad Riza, Jakarta ketika ini memerlukan seramai 2,156 petugas kesihatan.

“Jumlah petugas kesihatan sedang ditambah, tenaga profesional ini memerlukan lagi 2,156 orang,” katanya menerusi rakaman suara.

Menurut Ahmad Riza, selain petugas kesihatan, bandar raya ini juga memerlukan 5,139 penyuntik vaksin.

Beliau berkata, pemerintah wilayah Jakarta akan terus meningkatkan jumlah petugas kesihatan agar kes dan pesakit Covid-19 dapat dikendalikan secara baik.

“Jadi, kami akan tambah di semua bahagian yang diperlukan. Rujukan hospital, katil di hospital, petugas kesihatan, bilik unit rawatan rapi (ICU), makmal, vitamin, ubat-ubatan, pelitup muka, semuanya akan ditingkatkan,” katanya.

Jelas Ahmad Riza, peningkatan dalam kemudahan kesihatan tidak bermakna penduduk boleh mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Ini kerana cara terbaik untuk menangani virus ini adalah dengan memerangi penularannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN