Israel isytihar 'perang' - Utusan Malaysia

Israel isytihar ‘perang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Zionis Israel adalah bangsa Yahudi yang paling tidak boleh dipercayai di dunia.

Jika berjanji, mereka akan memungkirinya. Jika mempunyai tanah, mereka akan merampasnya.

Dari asal merupakan bangsa pendatang yang menagih bantuan sehinggalah menjadi ‘raja’ di tanah penduduk Palestin.

Buktinya pada 1948, Yahudi berjaya mengasaskan negara haram Israel.

Sebab itulah, episod keganasan dan kekejaman pengganas dunia itu tidak akan pernah berakhir sehingga kiamat. Gencatan senjata hanya tinggal janji yang dikhianati.

Sehingga kini, sebanyak 475,000 penduduk Israel menetap secara haram di Tebing Barat yang dijajah, sedangkan ia merupakan tanah milik 2.8 juta rakyat Palestin.

Disebabkan itu, perkampungan di Tebing Barat terpaksa menganjurkan demonstrasi menentang rampasan tanah, merobohkan rumah dan penjajahan Israel yang mencabuli undang-undang antarabangsa.

Mereka berjuang antara hidup dan mati demi mempertahankan hak sendiri.

Namun, perjuangan mereka dibalas dengan tindakan kejam dan zalim oleh tentera Israel.

REMAJA MAUT

Episod terbaharu semasa hari terakhir bulan Syawal, seorang remaja Palestin, Mohammad Said Hamayel, 15, maut dibunuh tentera Israel di Beita, selatan Nablus.

Mohammad Said merupakan kanak-kanak Palestin kelapan yang dibunuh tentera Israel tahun ini dan yang ketiga di Beita.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, melaporkan tentera Israel membantai puluhan penduduk dengan tembakan gas pemedih mata serta menggunakan peluru hidup dan peluru getah.

BAYI DISERANG GAS PEMEDIH MATA

Dalam protes berasingan di Kampung Kufr Qaddoum, bayi berusia tujuh bulan menderita kesakitan akibat terkena serangan gas pemedih mata selepas tentera Israel menyasarkan serangan di rumah keluarga di Loay Samir.

Kanak-kanak berusia 10 tahun pula mengalami kecederaan di kaki selepas terkena peluru getah yang dibalut dengan logam.

Penyelaras media di Kufr Qaddoum, Murad Shteiwi berkata, tentera Israel menyerang kampung itu dengan peluru hidup serta menggeledah rumah penduduk dan memanjat bumbung rumah untuk meletakkan penembak tepat mereka.

 TIGA RAKYAT MAUT

Khamis lalu, tentera Israel menembak tiga rakyat Palestin sampai mati termasuk dua anggota keselamatan di bandar Jenin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya