Israel bebaskan aktivis Sheikh Jarrah - Utusan Malaysia

Israel bebaskan aktivis Sheikh Jarrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Aktivis Muna al-Kurd dan Mohammed al-Kurd yang mencetuskan gelombang kempen menghentikan pengusiran secara paksa di kejiranan Sheikh Jarrah dibebaskan beberapa jam selepas ditangkap oleh polis Israel.

Muna memberitahu dia langsung tidak gentar dengan sebarang ancaman daripada Zionis Israel.

“Apapun yang mereka lakukan untuk menakutkan atau bertindak ganas serta seberapa banyak tangkapan yang dilakukan langsung tidak menakutkan saya.

“Kami akan kekal berada di rumah dan terus mempertahankan tanah di tempat kami dilahirkan dan dibesarkan,” tegas Muna.

Mohammed pula memaklumkan dia tidak akan berhenti bersuara menegakkan keadilan supaya dunia mengetahui perkara sebenar di kejiranan ini.

Dia merupakan seorang penulis berusia 23 tahun menggunakan media sosial termasuk Twitter dan Instagram untuk mengetengahkan isu Sheikh Jarrah ke dunia luar.

“Kami tidak takut dan akan terus bersuara menentang sebarang ketidakadilan serta mempertahankan rumah kami,” katanya.

Sebelum itu, Nabil al-Kurd yang merupakan ayah kepada adik beradik kembar itu berkata, Muna ditangkap selepas pihak polis menyerbu rumah mereka di Sheikh Jarrah.

Mohammed pula menyerahkan diri ke balai polis selepas menerima surat saman.

“Mereka mahu mengusir dan menghalau kami dari Baitulmuqaddis, tetapi kami masih di sini.

“Senjata rakyat Palestin hanyalah kamera dan kata-kata sedangkan Israel mempunyai senjata berat,” ujarnya.

Tanda pagar #SheikhJarrah dan #SaveSheikhJarrah mula menjadi sohor kini dalam media sosial di seluruh dunia bagi mendedahkan penindasan Zionis Israel yang mengusir penduduk secara paksa.

Sheikh Jarrah menjadi pencetus kebangkitan untuk penduduk Palestin terus mempertahankan hak mereka dan menyampaikan suara mereka kepada dunia. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya