Israel bagi vaksin Covid-19 hampir tarikh luput kepada Palestin - Utusan Malaysia

Israel bagi vaksin Covid-19 hampir tarikh luput kepada Palestin

HAK kira-kira 1.9 juta penduduk Semenanjung Gaza untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dinafikan oleh Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel akan menyediakan kira-kira sejuta dos vaksin Covid-19 untuk kegunaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menjelang tarikh luput vaksin berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet berkata, Israel sudah menandatangani perjanjian persetujuan dengan PA untuk membekalkan sejuta dos vaksin keluaran Pfizer yang bakal tamat tarikh luput.

“Sebagai balasan, Israel akan mengambil semula sejuta dos vaksin Pfizer baharu yang bakal dihantar kepada PA,” jelas kenyataan itu.

Israel sebelum ini dikritik hebat kerana tidak berkongsi bekalan vaksin dengan 4.5 juta penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

PA pula memaklumkan pihaknya sudah mengadakan persetujuan dengan beberapa syarikat swasta dan program COVAX untuk mendapatkan bekalan vaksin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya