Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402 - Utusan Malaysia

Indonesia tamatkan operasi keluarkan bangkai KRI Nanggala-402

KAPAL selam KRI Nanggala-402 tenggelam pada kedalaman 838 meter dan pecah kepada tiga bahagian. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menamatkan operasi untuk mengeluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali pada April lalu.

Lapor BBC, kapal selam itu yang membawa 53 kru dilaporkan terputus hubungan selepas meminta kebenaran untuk menyelam ketika sesi latihan torpedo.

Kapal selam yang berusia 40 tahun itu ditemukan dalam keadaan pecah kepada tiga bahagian.

Usaha untuk mengeluarkan bangkai kapal selam pada kedalaman lebih 800 meter dilaksanakan namun operasi itu kini ditamatkan.

“Operasi itu sudah tamat,” kata jurucakap Tentera Laut Indonesia, Julius Widjojono kepada Reuters.

Tentera Indonesia Laut dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan gabungan Indonesia- China menyelam sebanyak 20 kali untuk merakam foto dan video serta mengumpulkan bahagian kapal selam yang tenggelam.

Setakat ini, tiada mayat kru kapal selam itu telah dibawa keluar.

Dalam pada itu, seorang ahli keluarga berharap usaha itu diteruskan agar dapat membawa keluar mayat anak kapal selam yang terkorban.

“Tidak kisah jika ia mengambil sedikit masa atau kita perlu meminta lebih banyak bantuan dari negara lain,” kata bapa kepada seorang anak kapal, Sudarmaji kepada AFP sebelum pengumuman itu.

Kapal selam buatan Jerman pada tahun 1978 itu dilaporkan tenggelam pada kedalaman 838 meter di dasar laut.

Insiden itu mengorbankan kesemua anak kapalnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.