JAKARTA: Seorang doktor di Indonesia, Dr. Tirta menyarankan agar negara ini mencontohi Singapura dalam menguruskan pandemik Covid-19.
Katanya, sekiranya Indonesia mahu meniru Singapura yang mahu menganggap Covid-19 sebagai serangan virus biasa atau endemik, maka, tiga perkara perlu dipelajari terlebih dahulu seperti dilaporkan Tribunnews.
“Singapura adalah negara yang berdisiplin sama ada pemerintah mahupun rakyatnya.
“Malah, program vaksinasi negara itu berjalan lancar serta fasiliti kesihatannya lengkap dan diiktiraf,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter.
Dr. Tirta malah turut menyarankan semua sektor di Indonesia perlu bersatu memerangi wabak Covid-19.
“Anda ingin membandingkan Singapura dengan Indonesia? Kalau mahu melonggarkan sekatan seperti Singapura mesti harus tegas dan berdisiplin.
“Jangan hanya mahukan hasilnya tetapi tidak mahu mengikut prosesnya,” tulisnya.