Indonesia cari vaksin Johnson & Johnson untuk jemaah haji - Utusan Malaysia

Indonesia cari vaksin Johnson & Johnson untuk jemaah haji

KERAJAAN Arab Saudi menetapkan bakal jemaah dari seluruh dunia perlu mengambil vaksin Pfizer kerana kedua-dua dos dapat diberikan dalam tempoh singkat. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Meskipun Arab Saudi belum mengumumkan sebarang keputusan mahupun pelaksanaan ibadah haji 2021 bagi negara luar, kerajaan Indonesia terus melakukan persiapan bagi menghadapi sebarang senario.

Lapor Tribunnews, antaranya termasuk memastikan proses vaksinasi Covid-19 dalam kalangan jemaah sebagai syarat mengerjakan haji.

Oleh itu, Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas berkata, pihaknya berusaha mendapatkan vaksin Johnson&Johnson untuk digunakan calon jemaah haji dari Indonesia.

“Arab Saudi memang mewajibkan calon jemaah haji untuk divaksin sebelum tiba di Tanah Suci.

“Malah, hanya ada empat vaksin sahaja yang disebut-sebut menjadi syarat kebenaran bagi jemaah luar negara memasuki Arab Saudi. Vaksin itu adalah AstraZeneca, Pfizer, Johnson&Johnson dan Moderna,” katanya.

Yaqut berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan dan berusaha mendapatkan salah satu daripada empat vaksin yang disyaratkan.

“Vaksin J&J hanya memerlukan satu dos suntikan berbanding vaksin lain yang agak sulit secara teknikalnya untuk digunakan kepada jemaah haji.

“Kita akan berusaha mendapatkan vaksin untuk jemaah haji,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya