India catat 8 juta suntikan vaksin sehari - Utusan Malaysia

India catat 8 juta suntikan vaksin sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India melancarkan polisi vaksin baharu yang berjaya mencatatkan rekod lapan juta suntikan dalam masa sehari.

BBC melaporkan, polisi baharu itu menyaksikan Kerajaan Persekutuan membeli bekalan vaksin daripada pengilang dan membekalkannya ke setiap negeri.

India merupakan pembuat vaksin terbesar di dunia, namun, program vaksinasinya sendiri masih berjalan perlahan sebelum ini.

Negara itu hanya berjaya melaksanakan suntikan vaksin sepenuhnya lima peratus daripada jumlah populasi penduduk serta banyak negeri berdepan masalah kekurangan bekalan dos.

Bagi mempercepatkan program imunisasi dalam kalangan rakyat, Perdana Menteri, Narendra Modi mengumumkan akan memberikan ‘vaksin percuma’ kepada semua orang bermula semalam.

Modi malah memberikan pujian terhadap porgram vaksinasi India semasa hari pertama dasar baharu itu diperkenalkan.

Ini bermakna kerajaan negeri akan menerima peruntukan dos vaksin daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan populasi di setiap negeri, tahap penyakit, perkembangan serta lebihan vaksinasi.

Perkembangan terkini itu memberikan sedikit kelegaan kepada pihak berkuasa negeri yang perlu membeli dos vaksin daripada pengilang sebelum ini dengan harga yang lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Namun, Pakar Kesihatan Awam, Dr. Chandrakant Lahariya berkata, pengumuman dasar itu tidak membawa perubahan besar kepada rakyat biasa.

Katanya, polisi baharu itu adalah kelihatan sama dengan apa yang dilaksanakan India sejak program vaksinasi dilancarkan Januari lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN