Harga emas kekal tinggi dalam lima bulan - Utusan Malaysia

Harga emas kekal tinggi dalam lima bulan

Harga emas diniagakan berhampiran skala tertinggi dalam tempoh lima bulan ini, disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan tekanan inflasi yang semakin meningkat. - GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Harga emas diniagakan berhampiran skala tertinggi dalam tempoh lima bulan ini, disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan tekanan inflasi yang semakin meningkat.

Emas jongkong stabil pada AS$1,907.54 (RM7,860.02) seauns selepas mencecah paras tertinggi sejak 8 Januari pada AS$1,912.50 (RM7,880.46).

Niaga hadapan emas AS naik 0.3 peratus kepada AS$1,910.60 (7,872.63) seauns.

Indeks dolar turun 0.3 peratus berbanding pesaingnya, menjadikan emas lebih murah bagi pemegang mata wang lain. Unit AS mencatatkan kerugian bulanan kedua berturut-turut.

Buat masa ini, pelabur menunggu data utama AS yang akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai jalan pemulihan ekonomi global.

Minggu lalu, data menunjukkan harga pengguna AS melonjak pada April, dengan ukuran inflasi yang mendasari melepasi sasaran dua peratus Rizab Persekutuan dan mencatat kenaikan tahunan terbesar sejak tahun 1992.

Emas yang sering digunakan sebagai lindung nilai terhadap inflasi, telah mendapat keuntungan daripada data terbaharu yang menunjukkan kenaikan harga di AS dan Britain.

Aktiviti kilang di Jepun berkembang dengan lebih perlahan pada Mei ketika pertumbuhan output dan pesanan baharu berkurangan. Walaupun permintaan luaran tetap kuat, kebimbangan terhadap penularan Covid-19 semakin meningkat dan mungkin menggagalkan pemulihan ekonomi.

Tumpuan peserta pasaran minggu ini adalah pada data gaji AS pada Jumaat, dengan ramalan median menunjukkan peningkatan sebanyak 650,000.

Palladium meningkat 0.5 peratus kepada AS$2,844.19 (RM11,719.48) seauns, perak turun 0.1 peratus kepada AS$28.03 (RM115.50) manakala platinum meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,188.38 (RM4,896.72). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya