Dua wartawan, seorang pegawai maut dalam letupan periuk api - Utusan Malaysia

Dua wartawan, seorang pegawai maut dalam letupan periuk api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YEREVAN: Sebanyak dua wartawan dan seorang pegawai maut dalam satu letupan periuk api yang berlaku di Wilayah Kalbajar di Azerbaijan, barat Nagorno-Karabah.

Lapor Reuters, Kementerian Dalam Negeri Azerbaijan dan Pejabat Pendakwa Raya menerusi surat memaklumkam empat lagi individu cedera dalam kejadian itu.

Insiden itu menyaksikan lombong anti tangki meletupkan sebuah trak kira-kira 11 pagi (waktu tempatan) semalam.

Tiga mangsa itu dikenal pasti sebagai Arif Aliyev (pegawai tempatan), Maharram Ibrahimov (wartawan agensi berita tempatan, Azer Tag) dan Siraj Abishov, seorang wartawan dari saluran televisyen, AzTV.

Kejadian itu berlaku di tengah konflik sempadan antara Armenia dan Azerbaijan yang berterusan selama enam minggu di wilayah Nagorno-Karabakh tahun lalu.

Menteri Luar Azerbaijan, Jeyhun Bayramov berkata, pihaknya berasa amat sedih dan menggesa Armenia untuk menyerahkan peta-peta mengesan kawasan lombong.

Kerajaan Azerbaijan berulang kali menuduh Armenia enggan menyerahkan peta demikian.

“Hampir setiap hari mereka enggan melayan permintaan kami untuk menyerahkan peta tersebut, ini akan membahayakan lebih banyak nyawa,” kata Bayramov dalam satu ciapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN