Dua murid koyak al-Quran di United Kingdom digantung sekolah - Utusan Malaysia

Dua murid koyak al-Quran di United Kingdom digantung sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua murid sekolah rendah digantung persekolahan selepas mengoyakkan al-Quran di hadapan pelajar lain selepas mereka membawa kitab suci itu ke sekolah.

Susulan kejadian itu, para guru di Fulwood Academy di Preston menghubungi polis.

Dalam satu kenyataan, sekolah tersebut memaklumkan insiden mengoyakkan al-Quran itu berlaku dalam kejadian berasingan.

Guru besar sekolah berkenaan, Dave Lancaster berkata, pihaknya segera menghubungi Lancashire Constabulary and Prevent iaitu sebuah inisiatif kerajaan untuk memerangi keganasan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, kedua-dua pelajar tersebut sudah digantung persekolahan bagi membolehkan siasatan dilakukan segera.

“Kami akan kenakan hukuman kepada murid yang terlibat berdasarkan hasil siasatan polis.

“Kami tiak mempunyai niat untuk merahsiakan kejadian itu kerana pihak sekolah dan polis berusaha mewujudkan komuniti bebas keganasan,’ katanya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya