JOGJAKARTA: Seorang pelancong berasa kesal apabila dia ditipu dengan dipaksa membayar duit parkir kereta berharga 20 ribu rupiah (RM6).
Tribunnews melaporkan, kisah itu menjadi tular dalam Facebook apabila Rena Deska Physio memuat naik kisah tersebut.
Katanya, kebiasaan harga parkir di kawasan itu adalah 5,000 rupiah (RM1.50).
“Suasana di Malioboro sangat sesak dan dipenuhi dengan pelancong ketika itu.
“Saya tertanya-tanya sama ada harga parkir bagi setiap kereta adalah 20 ribu rupiah? Berapa banyak kereta ketika itu?” soalnya.
Pemerintah Kota Yogyakarta akan mengambil tindakan mengenai polemik harga parkir di Jalan KH Ahmad Dahlan.
Sementara itu, Ketua Parkir di Perkhidmatan Pengangkutan Bandar Yogyakarta, Imanudin Aziz berkata, kawasan lot parkir itu merupakan kawasan haram.
Katanya, harga yang dikenakan sangat berbeza dan jauh daripada harga biasa.










