Covid-19: India rekod kes kematian harian tertinggi di dunia - Utusan Malaysia

Covid-19: India rekod kes kematian harian tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India melaporkan sebanyak 6,148 kes kematian akibat jangkitan Covid-19, sekali gus menjadikannya angka kematian harian tertinggi di dunia.

Lapor Reuters, sebuah negeri di timur India menyemak semula jumlah kematian kes Covid-19 dengan mengambil kira pesakit yang meninggal dunia di rumah dan hospital swasta.

Semalam, Jabatan Kesihatan di Bihar mengemas kini jumlah kes kematian membabitkan Covid-19 dengan melaporkan lebih 9,400 berbanding kira-kira 5,400.

Tidak dapat dipastikan tempoh masa pertambahan kes kematian yang dilaporkan di Bihar.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) merekodkan sebanyak 5,444 kes kematian akibat Covid-19 pada 12 Februari lalu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan India, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara itu kini mencecah 29.2 juta, selepas pertambahan 94,052 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di India adalah sebanyak 359,676 orang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN