Covid-19: 30 doktor Indonesia maut dalam sebulan - Utusan Malaysia

Covid-19: 30 doktor Indonesia maut dalam sebulan

GOLONGAN doktor antara penyumbang jumlah kematian akibat Covid-19 di Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia terus bergelut dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dan keadaan diburukkan apabila semakin ramai petugas perubatan maut akibat virus tersebut.

Lapor Arab News, sebanyak 30 doktor meninggal dunia akibat koronavirus dalam tempoh hampir sebulan, selain kes jangkitan melibatkan petugas perubatan turut meningkat.

Sehingga kini, sebanyak 57,561 penduduk Indonesia maut akibat Covid-19 sejak pandemik itu bermula di negara ini pada Mac tahun lalu.

Jumlah kematian itu juga melibatkan 405 doktor dan ratusan petugas perubatan yang berkhidmat sebagai barisan hadapan.

Ketua Persatuan Doktor Perubatan Indonesia (IDI), Dr. Adib Khumaidi berkata, sebanyak empat doktor meninggal dunia lagi hari ini, sekali gus menjadikan jumlah doktor yang maut akibat Covid-19 dalam bulan ini seramai 30 orang.

“Kes jangkitan memuncak di seluruh Jawa dengan wilayah Kudus di Jawa tengah, sebanyak 853 doktor dijangkiti Covid-19 dan 231 masih menerima rawatan, selain lima kritikal di Jawa Timur.

Yogyakarta dan Jakarta juga menjadi ‘lokasi panas’ apabila ramai doktor di dua wilayah itu meninggal dunia akibat Covid-19.

Pensyarah di Universiti Airlangga di Surabaya, Nursalam memberitahu, sekurang-kurangnya 277 petugas perubatan di wilayah itu dijangkiti Covid-19 dengan 177 daripadanya jururawat dan sembilan maut pada bulan ini.

“Hampir kesemua mereka sudah divaksin, namun masih terdedah dengan jangkitan susulan varian Delta yang lebih ganas,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN