Bukti kebocoran makmal Covid-19 di Wuhan dimusnahkan - Utusan Malaysia

Bukti kebocoran makmal Covid-19 di Wuhan dimusnahkan

INSTITUT Virologi Wuhan dikaitkan dengan kebocoran eksperimen mengenai koronavirus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas ketua agensi perisikan asing Britain, MI6 mendedahkan terdapat bukti menunjukkan berlaku kebocoran makmal di Institut Virologi Wuhan sehingga menyebabkan penularan wabak Covid-19. 

Bagaimanapun, Richard Dearlove yang pernah mengetuai perkhidmatan perisikan rahsia antara 1999 hingga 2004 menjelaskan bukti itu dipercayai sudah dilupuskan.  

Katanya, amat sukar dalam keadaan sekarang untuk membuktikan makmal yang penuh kontroversi itu pernah menjalankan eksperimen mengenai virus Covid-19. 

Bercakap kepada Telegraph’s Planet, dia berkata, negara Barat terlalu naif mempercayai China sehingga negara itu berjaya mengakses masuk ke institusi ilmiah dan jurnal di United Kingdom (UK) serta tempat lain. 

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat saintis China yang ingin mendedahkan tentang eksperimen itu, namun, diugut supaya senyap. 

“Kerajaan China adalah rejim yang cukup menakutkan dan melakukan beberapa perkara yang kami anggap tidak dapat diterima dan melampau terhadap individu yang cuba menentang pemerintah. 

“Banyak data berkemungkinan dimusnahkan atau dihilangkan sehingga sukar untuk membuktikan China adalah penyebab kepada wabak Covid-19,” katanya. 

Dearlove sebelum ini berulang kali membangkitkan pertanyaan mengenai asal usul koronavirus dan semakin banyak pihak menganggapnya sebagai isu serius. 

“Namun, terdapat usaha untuk menutup ruang perbahasan mengenai isu tersebut, selain Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pernah memberi arahan kepada agensi perisikan negara untuk menyelidik secara teliti mengenai teori virus yang muncul dari makmal,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya