Brisbane bandar keempat laksana perintah sekatan - Utusan Malaysia

Brisbane bandar keempat laksana perintah sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTRALIA: Brisbane menjadi bandar keempat di negara ini yang melaksanakan perintah sekatan selepas penduduk di Perth, Sydney dan Darwin menjalani perintah sekatan selama empat hari.

Penduduk dikehendaki kekal berada di rumah selama tiga hari menerusi perintah tersebut.

Arahan itu susulan kebimbangan mengenai penularan wabak Covid-19 dan dijangka seramai 10 juta rakyat Australia akan menjalani perintah sekatan baharu yang akan berkuatkuasa petang ini.

Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palasz berkata, arahan itu merupakan keputusan sukar yang terpaksa dibuat memandangkan ketibaan pengunjung dari luar negara membawa virus ke negara ini.

Di Perth, hanya tiga kes positif wabak Covid-19 direkodkan sejak penularan pandemik dan pihak kesihatan tempatan mengambil langkah pendekatan berhati-hati terhadap mana-mana kluster.

Ketua Menteri Western Australia, Mark McGowan berkata, pihaknya mengetahui tentang kemunculan wabak Covid-19 dan sentiasa berjaga-jaga dengan penemuan varian Delta.

Australia sebenarnya sudah berjaya membendung penularan kluster wabak, namun sekarang perlu memerangi kemunculan varian Dleta yang merebak pantas dan pertamai kali muncul di India.

Perdana Menteri, Scott Morrison mengumumkan semua pekerja di pusat penjagaan warga emas dan pekerja di hotel kuarantin diwajibkan menerima vaksin.

Dalam masa sama, katanya, suntikan dos vaksin AstraZeneca akan diberikan kepada individu berusia bawah 60 tahun yang menandatangani borang pampasan. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN