Bapa tikam guru besar sampai mati - Utusan Malaysia

Bapa tikam guru besar sampai mati

JENAZAH Delfianadi Azi dibawa oleh ahli keluarga di Nangaroro, Nusa Tenggara Timur. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUSA TENGGARA TIMUR: Gara-gara berang anaknya tidak dapat menduduki peperiksaan, seorang bapa tergamak menikam seorang guru besar di Sekolah Dasar Inpres Ndora di Nangaroro, Nagekeo.

Lapor Tribunnews, kejadian berlaku ketika murid sedang menduduki peperiksaan akhir di sekolah pada pukul 9 pagi.

Difahamkan, anak suspek tidak dibenarkan menduduki peperiksaan dan diminta pulang ke rumah disebabkan mempunyai tunggakan hutang.

Akibat tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak sekolah, bapanya datang ke sekolah dengan membawa sebilah pisau.

Para guru yang melihat lelaki itu cuba menenangkan dirinya dan membawa terus berjumpa dengan guru besar, Devina.

Penolong Guru Besar, Antonius Geo berkata, suspek mengancam untuk membuat laporan polis sekiranya anak lelakinya dihantar ke rumah.

Guru Besar itu kemudian bersedia dengan sebarang laporan polis yang ingin dibuat dan akan bertanggungjawab terhadap perkara itu.

Akibat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, suspek terus menikam perut mangsa.

Beberapa guru yang melihat kejadian itu berusaha menghalang pelaku daripada bertindak lebih ganas.

Devina dibawa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke Hospital Ende untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian usus serta paru-paru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN