Banduan Thailand terima suntikan vaksin Sinopharm - Utusan Malaysia

Banduan Thailand terima suntikan vaksin Sinopharm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Banduan di penjara Thailand mula menerima suntikan vaksin Sinopharm hari ini dalam usaha membendung penularan jangkitan wabak Covid-19.

Pihak berkuasa berusaha membendung penularan virus baharu dalam penjara yang sesak sehingga menyebabkan segelintir banduan mempunyai ruang yang sempit untuk tidur.

Terdapat lebih 35,000 kes Covid-19 di dalam kawasan penjara dan banduan digalakkan memakai pelitup muka sekalipun ketika tidur pada waktu malam.

Pihak kerajaan memberikan dos bagi peringkat pertama sebanyak 30,000 suntikan vaksin Sinopharm di penjara seluruh negara.

Setiap banduan perlu melalui ujian calitan Covid-19 sebelum menerima suntikan vaksin dan keutamaan diberikan kepada penghuni yang lebih berusia serta yang menghidap penyakit kerana lebih terdedah kepada jangkitan.

Menurut data Kesatuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia, Thailand mempunyai seramai 311,000 banduan. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN