Australia hadkan vaksin AstraZeneca untuk penduduk usia atas 60 tahun - Utusan Malaysia

Australia hadkan vaksin AstraZeneca untuk penduduk usia atas 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia mencadangkan hanya penduduk berusia atas 60 tahun boleh menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca berikutan kes darah beku yang dialami segelintir masyarakat selepas vaksinasi.

Australia setakat ini sudah menggunakan 3.3 juta dos vaksin AstraZeneca dan merekodkan sebanyak 60 kes darah beku, selain dua orang meninggal dunia.

Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt berkata, kerajaan komited mengutamakan kesihatan penduduk di negara ini.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan bukti baharu yang menunjukkan golongan berusia 50 hingga 59 tahun berisiko tinggi mengalami darah beku selepas mengambil vaksin tersebut,” katanya.

Australia pada April lalu mengehadkan penggunaan vaksin AstraZeneca untuk penduduk yang berusia atas 50 tahun. – REUTERS

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya