Ahli Parlimen Korea Selatan dikecam perlekeh anggota BTS - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Korea Selatan dikecam perlekeh anggota BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang ahli Parlimen termuda Korea Selatan memohon maaf selepas beliau mencetuskan kemarahan kepada para peminat kumpulan K-Pop, BTS.

Ryu Ho-jeong mencetuskan kemarahan selepas beliau menggunakan gambar tatu seorang daripada anggota kumpulan tersebut, iaitu Jungkook sebagai bahan untuk mempromosi kempen melonggarkan undang-undang tatu di negara ini.

Ho-jeong didakwa cuba ‘membawa Jungkook ke dalam kancah politik’ oleh para peminat fanatiknya.

Korea Selatan mempunyai undang-undang tatu yang ketat, menyaksikan proses itu diklasifikasikan sebagai prosedur perubatan dan hanya boleh dilakukan oleh doktor bertauliah.

Mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh berdepan dengan hukuman penjara.

Ho-jeong yang mengaku beliau juga merupakan antara peminat BTS, memuat naik gambar tatu Jungkook dalam akaun media sosialnya.

Dalam kempennya, Ho-jeong mengusulkan rang undang-undang untuk membenarkan artis melukis tatu diberi latihan untuk sah di sisi undang-undang negara ini.

Seorang daripada peminat BTS menggesa ahli Parlimen wanita berusia 28 tahun itu memadam gambar tersebut.

“Jangan gunakan selebriti untuk kempen politik anda. Saya gembira kerana tidak lagi menyokong parti anda,” tulisnya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya